• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

i-MiTS Bukit Besi Santuni Anak Muda

DUNGUN, 2 November- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sentiasa menyantuni anak muda bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan terbela.

Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN berkenaan, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubin berkata, pihaknya mengadakan program ziarah mengikut beberapa kriteria dan kategori

"Dimana keutamaan kita adalah menziarahi anak muda yang dikategorikan sebagai kurang berkemampuan, sakit , hilang punca pendapatan disebabkan pandemik COVID-19, mempunyai tangunggan yang ramai dan sebagainya yang kita fikir wajar untuk kita ziarahi.

"Dengan cara berkenaan kita dapat menyelami keperitan mereka yang dikategorikan sebagai generasi kedua untuk kita caknai dan cuba memberi bantuan serta memberikan maklumat atau saluran yang mereka boleh manfaatkan daripada Kerajaan Negeri Terengganu, kita bertindak sebagai pemudahcara untuk membantu mereka samada ingin mendapat bantuan bulanan, memulakan perniagaan dan sebagainya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika menziarahi generasi kedua, Felda Jerangau baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman

"Semoga dengan kecaknaan dan keprihatinan ini membantu kerajaan bagi memastikan setiap agenda kebajikan kearah memastikan Terengganu mencapai sebagai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera dengan mana seluruh penduduk dapat diberikan perhatian,"ujarnya.


Tag: