• 14 Okt 2024 | 11 Rabiul Akhir 1446

IMITS Kijal Santuni Mangsa Banjir Di Mentakab

MENTAKAB, 30 Disember - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal turun menyantuni mangsa banjir di bandar Mentakab dengan menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mereka.

Seramai 18 orang petugas yang seliakan oleh IMITS DUN Kijal berkampung di bandar Mentakab yang lumpuh sepenuhnya selama tiga hari bermula 28 sehingga 30 Disember. 

​​​​​​Menyantuni mangsa banjir dengan agihan pakaian keperluan harian.

Ketua rombongannya, Ustaz Mohd Mujahid Mokhtar berkata mereka  diamanahkan untuk membersihkan beberapa buah rumah  di Taman Sagumpas 1 dan Taman Ixora.

"InsyaAllah, pasukan kami akan menjalankan tugas sebaik mungkin bagi membantu mangsa banjir dikawasan yang dikategorikan sebagai zon merah  kerana air di sini hampir menenggelamkan bumbung rumah.

"Konvoi kami bersama lima buah pacuan empat roda dan sebuah van membawa peralatan membersih rumah, pakaian terpakai dan baru, telekung, sejadah, selimut, kain batik dan kain pelikat hasil sumbangan masyarakat di sekitar Kijal," ujarnya.

Kerja - kerja pembersihan rumah sedang dijalankan.

Tambahnya, ia adalah misi bantuan pasca banjir kerajaan negeri Terengganu ke negeri Pahang yang diselaraskan oleh Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera dengan kerjasama agensi kerajaan dan para sukarelawan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu.