Berita :
107 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah
107 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah
Ahmad Mawardi
17 jam yang lepas
197

HULU TERENGGANU, 11 Mei - Seramai 107 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 Juzuk diraikan di satu majlis sebagai tanda penghargaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi  Harun berkata, anugerah khas daripada  Pusat Khidmat Masyarakat sebagai menghargai dedikasi dan masa yang dilaburkan untuk mendapat keputusan cemerlang serta memberi semangat kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam pendidikan tinggi.

Jelasnya, ia juga secara tidak langsung sebagai pembakar semangat untuk semua pelajar supaya terus memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang.

“Selari dengan kehendak kerajaan Terengganu yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan kerajaan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.

“Ilmu merupakan anugerah Allah dan sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Bertambah untung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar DUN Manir 2025 di Dewan AL-KAWTHAR Kubang Lembek Manir, di sini kelmarin.

Turut hadir, Penyelia i-MiTs Manir, Zulkifli Abdullah, Penghulu Mukim Belara, Khairul Shahril Othman dan guru-guru sekolah dalam DUN Manir.

Agenda kemuncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 107 pelajar cemerlang.

Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa serta penjaga pelajar yang tidak hadir kerana sedang melanjutkan pengajian.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan