KEMAMAN, 10 Oktober - Seramai 2,000 peserta menyertai aktiviti larian dan berjalan kaki pantas (brisk walk) sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Penyertaan itu merangkumi tiga kategori iaitu larian sejauh 10 kilometer (km) dan lima kilometer dalam acara Mesra Run serta berjalan kaki sejauh tiga kilometer bagi acara Berjalan Ria Madani.

Menurut beliau, amalan hidup aktif boleh dimulakan dengan langkah mudah seperti berjalan kaki, melakukan senaman ringan dan beriadah bersama keluarga.
"Berjalan kaki, melakukan senaman ringan, beriadah bersama keluarga atau menyertai aktiviti komuniti merupakan antara pilihan yang boleh disesuaikan dengan kemampuan dan juga minat masing-masing.
"Yang utama ialah kesediaan kita untuk bermula dan usaha untuk kekal konsisten," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Mesra Mall, Kemaman, pagi tadi.

"Kita ubah suai sikit dari segi pengisian untuk memastikan supaya program yang kita laksanakan ini tidak menjejaskan dari segi kesihatan mereka yang terlibat menyertai program kita," ujarnya kepada pemberita.
Jelasnya lagi, sukan turut menjadi ruang kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan perpaduan melalui aktiviti yang dilakukan bersama.

Sambutan Hari Sukan Negara 2026 bertemakan 'Sukan dan Teknologi Kecerdasan Buatan' itu turut menampilkan pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan pengisian komuniti sepanjang tiga hari penganjuran bermula Khamis lepas.