lightning-solid
Berita :
Afiq Dinobatkan Pemain Terbaik Piala ADUN Telemong 2026
Afiq Dinobatkan Pemain Terbaik Piala ADUN Telemong 2026
Wan Mohammad Omar Ajmain
5 jam yang lepas
49

HULU TERENGGANU, 12 Ogos - Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Telemong melabuhkan tirainya di Padang Astaka, Kuala Berang, dengan KDKP FC dinobatkan sebagai juara edisi 2026 selepas menewaskan SVN FC 6-1 pada aksi final.

KDKP FC tampil mendominasi perlawanan berkenaan apabila berjaya menghasilkan enam jaringan, manakala SVN FC hanya mampu menjaringkan satu gol.

Kejayaan KDKP FC turut diserikan dengan prestasi cemerlang penyerangnya, Mohd Afiq Che Osman, 29, yang berjaya meledak 18 jaringan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Jumlah jaringan berkenaan membolehkan Afiq dinobatkan sebagai penjaring terbanyak selain turut menerima anugerah Pemain Terbaik kejohanan.

Mengulas kejayaan itu, Afiq berkata beliau bersyukur kerana pencapaian individu yang diraih dapat dilengkapkan dengan kejayaan KDKP FC membawa pulang kejuaraan.

“Alhamdulillah, dapat anugerah penjaring terbanyak dan KDKP FC membawa pulang kejuaraan,” katanya.

Kejayaan KDKP FC sekali gus menutup tirai Piala ADUN Telemong 2026 dengan penuh bergaya, manakala pencapaian Afiq menjadi antara tumpuan utama kejohanan berkenaan.


Artikel Berkaitan