lightning-solid
Berita :
Bumi Mula ‘Menggigil’? Lima Gempa Besar Gegarkan Dunia Dalam Beberapa Bulan
Bumi Mula ‘Menggigil’? Lima Gempa Besar Gegarkan Dunia Dalam Beberapa Bulan
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
14 jam yang lepas
40

KEMAMAN, 19 Ogos – Adakah dunia sedang menyaksikan satu pola gempa bumi yang luar biasa, atau semuanya sekadar kebetulan?

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, beberapa gempa bumi bermagnitud 7.0 dan ke atas direkodkan di beberapa kawasan aktif dunia, termasuk Indonesia, Jepun, Filipina, Mexico dan Colombia.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di bawah permukaan bumi?

Pada 1 April lalu, gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda kawasan berhampiran Bitung, Indonesia, sebelum gempa sama kuat berukuran 7.4 melanda luar pesisir Miyako, Jepun pada 20 April.

Tidak terhenti di situ, Filipina pula digegarkan oleh gempa bermagnitud 7.8 pada awal Jun, manakala Mexico menyusul dengan gempa bermagnitud 7.3 pada 17 Julai.

Kemudian pada 10 Ogos, Colombia dilanda gempa bumi bermagnitud 7.4 yang berpusat berhampiran San José del Palmar, Chocó. Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan termasuk Cali, Pereira, Manizales dan Bogotá.

Ianya bukan sekadar nombor dan gempa bumi bermagnitud 7 bukanlah gegaran biasa. Pasti ada sesuatu di sebaliknya. Mengapa?

Setiap kejadian boleh menghasilkan gegaran kuat, kerosakan struktur, tanah runtuh, tsunami dalam keadaan tertentu serta gempa susulan yang berterusan selepas kejadian utama.

Namun, persoalan yang lebih menarik ialah mengapa beberapa gempa besar ini berlaku dalam tempoh yang agak dekat? Adakah bumi ini semakin tenat? Adakah ia berkait rapat dengan konspirasi global? Atau memang sekadar kebetulan?

Jawapannya mungkin tidak semisteri yang disangka.

Sebahagian besar kawasan yang terlibat sememangnya berada di sekitar zon tektonik yang sangat aktif atau Ring of Fire. Indonesia, Jepun dan Filipina, khususnya, terletak di kawasan pertemuan beberapa plat tektonik yang bergerak dan bertembung antara satu sama lain.

Malah, gempa 7.4 di Indonesia pada April lalu berlaku dalam persekitaran tektonik yang sangat kompleks, melibatkan interaksi beberapa plat dan blok tektonik.

Adakah gempa ini saling berkait?

Tidak semestinya.

Walaupun gempa bumi berlaku berturut-turut di beberapa lokasi di dunia, ia tidak bermakna satu gempa besar secara automatik “menolak” atau menyebabkan gempa besar lain berlaku di negara yang jauh.

Bumi sememangnya sentiasa bergerak mengelilingi orbitnya.

Menurut rekod USGS, terdapat banyak gempa bumi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, dengan sebahagiannya tidak dirasai manusia kerana berlaku jauh di laut atau di kawasan kurang berpenduduk.

Apa yang menarik perhatian kali ini ialah beberapa kejadian bermagnitud 7 dan ke atas muncul dalam tempoh beberapa bulan dan melibatkan beberapa kawasan yang sememangnya aktif secara seismik.

Jadi, siapa pula selepas ini? Adakah Malaysia turut kena tempias sama?

Inilah soalan yang paling sukar dijawab.

Tidak ada saintis yang boleh meramalkan dengan tepat negara mana yang akan dilanda gempa bumi besar seterusnya.

USGS sendiri membezakan antara pemantauan dan ramalan gempa. Para saintis mampu mengesan gempa, mengkaji sesar, mengenal pasti kawasan berisiko dan membuat anggaran kebarangkalian, tetapi belum mampu memberitahu secara tepat “bila, di mana dan berapa magnitud” gempa seterusnya akan berlaku.

Jadi persoalannya;
 
 “Adakah kita benar-benar bersedia jika bumi di bawah kaki kita mula bergerak?” Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat dunia dalam 10 tahun akan datang? Adakah Bumi sekarang masih selamat untuk hidupan kini? Adakah ia berkait rapat dengan hadis Nabi SAW sejak 1400 tahun yang lalu? 

Semuanya bakal menjadi misteri.

 


Tag :

Artikel Berkaitan