Jalur Gemilang
Berita :
Caj Tukar Tarikh Penerbangan Melebihi Harga Asal, Kerajaan Diminta Tetapkan Had Maksimum
Caj Tukar Tarikh Penerbangan Melebihi Harga Asal, Kerajaan Diminta Tetapkan Had Maksimum
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
13 jam yang lepas
135

KUALA LUMPUR, 23 November – Kerajaan digesa supaya menetapkan satu had maksimum bagi caj pertukaran tarikh dan denda penerbangan berikutan tindakan segelintir syarikat penerbangan mengenakan bayaran yang disifatkan melampau sehingga melebihi harga tiket asal.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, amalan tersebut amat membebankan rakyat khususnya penumpang yang terpaksa menukar tarikh perjalanan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

"Terdapat keadaan di mana jumlah caj pertukaran tarikh dan denda yang dikenakan oleh syarikat penerbangan jauh lebih mahal berbanding harga tiket baharu atau tiket asal yang dibeli.

Sehubungan itu, beliau menuntut penjelasan kementerian berkaitan mengenai jumlah keseluruhan aduan yang telah diterima berhubung isu berkenaan serta langkah penguatkuasaan yang telah diambil terhadap syarikat penerbangan terlibat.

Menurutnya lagi, penetapan siling atau had maksimum bagi caj penjadualan semula tiket amat wajar dilaksanakan segera demi melindungi hak dan kebajikan pengguna di negara ini.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan