Berita :
Cuaca Panas: Penjawat Awam Diingat Jangan Ambil Mudah Risiko Strok Haba
Cuaca Panas: Penjawat Awam Diingat Jangan Ambil Mudah Risiko Strok Haba
Noraini Jusoh
2 jam yang lepas
58

KUALA TERENGGANU, 3 Mei – Penjawat awam dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena cuaca panas ketika ini yang boleh menjejaskan kesihatan serta produktiviti kerja.
 
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, dalam menghadapi fenomena Monsun Barat Daya atau Southwest Monsoon, hadkan masa di bawah matahari untuk mengelakkan strok haba serta kelesuan. 


“Bagi yang bertugas di lapangan atau kawasan terbuka tingkatkan langkah berjaga-jaga.

“Elakkan diri daripada terdedah terlalu lama di luar terutamanya pada waktu kemuncak iaitu pada waktu tengahari,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Tahun 2026 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru penjawat awam agar bertindak lebih berhemah dalam mengurus sumber serta perbelanjaan kerajaan.

“Perkembangan geopolitik semasa juga, khususnya konflik di Asia Barat telah menjejaskan kestabilan ekonomi, rantaian bekalan dan kos sara hidup di seluruh dunia, termasuk negara kita.

“Keadaan ini menuntut penjawat awam untuk lebih berdisiplin dan bertanggungjawab bagi memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum,” ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan