Jalur Gemilang
Berita :
Empat Rumah Terbakar, ADUN Buluh Gading Santuni Mangsa
Empat Rumah Terbakar, ADUN Buluh Gading Santuni Mangsa
Mohd Haniff Abas
10 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 8 September – Keprihatinan terhadap nasib mangsa kebakaran dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, YB Ustaz Ridzuan Hashim, ketika menziarahi keluarga terlibat di Taman Perumahan Teluk Pasu, petang tadi.

Kebakaran yang berlaku sekitar 7.10 petang semalam itu melibatkan empat buah rumah, dengan sebuah rumah musnah sepenuhnya manakala tiga lagi mengalami kerosakan akibat kejadian berkenaan.

Ridzuan berkata, kejadian tersebut pastinya memberi kesan yang amat berat kepada keluarga terlibat apabila kediaman yang menjadi tempat berlindung serta menyimpan pelbagai kenangan musnah dan rosak dalam sekelip mata.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita tidak mampu membayangkan perasaan mereka apabila melihat segala yang dimiliki hilang dan rosak dalam sekelip mata.

“Namun, kita yakin setiap ujian yang diturunkan Allah SWT pasti mempunyai hikmah dan menjadi ruang untuk kita saling membantu serta menguatkan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan awal kepada keluarga mangsa sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban yang ditanggung susulan kejadian berkenaan.

Menurutnya, sumbangan tersebut mungkin tidak seberapa, namun diharapkan dapat membantu mangsa dalam menghadapi keperluan awal selepas kehilangan dan kerosakan harta benda.

“Insya-Allah, kita akan bersama-sama membantu sedaya yang termampu dan memastikan keluarga yang terlibat tidak berasa keseorangan dalam menghadapi ujian ini.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada semua mangsa, menggantikan setiap kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik serta mempermudahkan segala urusan mereka,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar mangsa diberi kekuatan untuk membina semula kehidupan selepas ditimpa musibah tersebut.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan