KUALA TERENGGANU, 1 Oktober - Satu operasi bersepadu dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu bagi menangani isu gelandangan sekitar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.
Operasi sekitar tiga jam itu menumpukan tiga lokasi utama iaitu di Terminal Bas Kuala Terengganu, Shahbandar dan kawasan parkir sekitar bandar.
Menurut Pengarah JKM Terengganu, Ismail Kasan bahawa operasi berkenaan diperkuatkan dengan 50 anggota daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), pasukan Pakar Perubatan Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
"Malam ni kita buat operasi bersama pelbagai agensi berdasarkan daripada aduan awam dan sebagainya, kita melaksanakan profiling dan pemantauan.

"Lain-lain itu kita akan melihat esok, dan kita akan kaji apakah penyelesaian yang terbaik untuk kes-kes ini," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas operasi berkenaan.

Tambah Ismail lagi, isu gelandangan di Terengganu hanya tertumpu di kawasan ibu negeri ini.

"Terutamanya kalau berkaitan seperti tandas awam dan sebagainya mereka boleh mendapatkan kemudahan yang percuma," katanya.