lightning-solid
Berita :
Harapan Baharu Penduduk Kijal, 81 Lot Tapak Kediaman Disediakan
Harapan Baharu Penduduk Kijal, 81 Lot Tapak Kediaman Disediakan
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
1 hari yang lepas
134

KEMAMAN, 17 Ogos – Hasrat penduduk untuk memiliki tapak kediaman sendiri terus diberi perhatian apabila sesi temuduga bagi permohonan RTB Tapak Kediaman Sungai Ibok (Seri Bandi) dan Susur Atur Kampung Yak Yah diadakan di Dewan Felcra Seri Bandi, hari ini.

ADUN Kijal, Datuk Razali Idris berkata, sesi temuduga tersebut merupakan sebahagian daripada proses bagi memastikan permohonan tapak kediaman dapat dinilai dengan sewajarnya sebelum peserta yang layak menerima anugerah tanah daripada kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat melaksanakan sesi temuduga bagi 81 lot tapak kediaman melibatkan penduduk Sungai Ibok (Seri Bandi) dan Susur Atur Kampung Yak Yah. Ini adalah satu proses penting untuk memastikan mereka yang benar-benar layak dapat menikmati manfaat daripada usaha kerajaan negeri menyediakan tapak kediaman kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengendalikan sesi temuduga RTB Tapak Kediaman Sungai Ibok dan Susur Atur Kampung Yak Yah di Dewan Felcra Seri Bandi, hari ini.

Sesi temuduga hari ini melibatkan keseluruhan 81 lot, merangkumi 68 lot RTB Sungai Ibok (Seri Bandi) dan 13 lot Susur Atur Kampung Yak Yah.

Menurut beliau, proses tersebut turut menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan urusan berkaitan tanah dan tapak kediaman rakyat dilaksanakan secara teratur serta memberi peluang kepada penduduk yang benar-benar memenuhi syarat.

“Lebih 98 peratus peserta melepasi kelayakan untuk menerima anugerah tanah daripada kerajaan Terengganu. Insya-Allah, ini memberikan harapan baharu kepada penduduk yang selama ini menantikan peluang untuk memiliki tapak kediaman sendiri,” ujarnya.



Tag :

Artikel Berkaitan