Jalur Gemilang
Berita :
Himpunan Ruminan 2026 Kembali Meriahkan Terengganu
Himpunan Ruminan 2026 Kembali Meriahkan Terengganu
Izzat Al-qushairi
6 jam yang lepas
106

SETIU, 20 Oktober– Himpunan Ruminan 2026 kembali memeriahkan Terengganu menerusi penganjuran program yang menghimpunkan pelbagai tarikan berkaitan industri penternakan dan haiwan di Dataran Pekan Jabi, Setiu bermula 22 hingga 24 Oktober ini.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman, berkata orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program berkenaan.

 "Akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

"Antara tarikan utama ialah pameran pelbagai haiwan termasuk lembu, kerbau, gajah, rusa, unta, kuda, kambing dan biri-biri yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung," ujarnya. 

Dalam pada itu beliau menyatakan, Majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Saya menyeru orang ramai  membawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan Himpunan Ruminan 2026, sekali gus mengenali dengan lebih dekat dunia penternakan dan industri ruminan," katanya. 



Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan