Berita :
Impian Tercapai SMK Pulau Redang Kini Beroperasi di Bangunan Baharu
Impian Tercapai SMK Pulau Redang Kini Beroperasi di Bangunan Baharu
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
4 jam yang lepas
42


SETIU,14 Mei – Impian penduduk Pulau Redang untuk melihat anak-anak mereka menyambung pelajaran di peringkat menengah tanpa perlu meninggalkan pulau kini menjadi kenyataan.

Ahli Parlimen Setiu menerusi hantaran terbaharu di laman sosial beliau menyatakan rasa syukur atas kesiapan blok bangunan baharu di SK Pulau Redang. 

Katanya, Kemudahan ini secara tidak langsung membolehkan sekolah menengah (SMK Pulau Redang) mula beroperasi di tapak tersebut.

Ujarnya, Sebelum ini ketiadaan sekolah menengah di pulau pelancongan tersebut merupakan cabaran besar bagi komuniti setempat.

 Pelajar-pelajar terpaksa keluar dari pulau dan berjauhan dengan keluarga demi meneruskan persekolahan.

" Dulu di Pulau Redang hanya ada sekolah rendah sahaja. Ramai anak-anak terpaksa keluar pulau untuk sambung sekolah. 

" Isu ini antara yang diperjuangkan sejak mula saya menjadi Ahli Parlimen dan dibawa ke sidang Parlimen sehingga akhirnya direalisasikan ," ujar beliau ketika menjalankan program Jaulah Qaryah baru-baru ini.

Tambah beliau, Kewujudan blok baharu itu disifatkan sebagai satu rahmat bagi ibu bapa. 

Selain menjamin keselamatan anak-anak kerana tidak perlu merentasi laut secara kerap, ia juga mengurangkan kos sara hidup dan memudahkan pemantauan pendidikan oleh keluarga.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Usaha ini dilihat sebagai pelaburan jangka masa panjang demi memartabatkan masa depan pendidikan anak-anak di Pulau Redang agar tidak ketinggalan dalam kemajuan pendidikan.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan