KUALA TERENGGANU, 30 Oktober - Kesihatan mental perlu diberikan perhatian serius dengan sokongan keluarga, masyarakat dan semua pihak bagi memastikan individu yang berhadapan masalah itu mendapat bantuan serta rawatan sewajarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, golongan yang berhadapan masalah kesihatan mental memerlukan sokongan, kefahaman dan ruang untuk mendapatkan bantuan tanpa dihukum atau dipandang serong oleh masyarakat.

"Kesihatan mental bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan isu kesihatan yang perlu diberikan perhatian, difahami dan ditangani dengan sewajarnya.
"Jangan tunggu sehingga terlambat untuk mengambil peduli. Kadangkala, kesediaan kita untuk mendengar sahaja sudah menjadi langkah awal untuk membantu seseorang," katanya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.

Cadangan itu memberi tumpuan khusus kepada golongan wanita yang berhadapan masalah kesihatan mental, terutama mereka yang hidup sebagai gelandangan dan kurang berkemampuan.

"Lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam kesusahan dan tidak mempunyai tempat bergantung, memerlukan sokongan serta perhatian yang sewajarnya," jelasnya.
Beliau berharap perbincangan itu menjadi langkah awal ke arah merealisasikan usaha berkenaan supaya golongan yang memerlukan turut berpeluang mendapatkan rawatan, menjalani kehidupan lebih baik dan membina semula harapan.