Berita :
 Krisis Iran- Israel; PAS Bersama Negara Yang Dizalimi
Krisis Iran- Israel; PAS Bersama Negara Yang Dizalimi
Rohayati Ripin
18 May 26
83

KUALA TERENGGANU, 19 Mei  – Parti Islam SeMalaysia (PAS) menegaskan pendirian untuk bersama mana-mana negara yang dianggap dizalimi dalam konflik antarabangsa, termasuk ketegangan melibatkan Iran dan Israel.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, umat Islam perlu mengambil sikap jelas dalam isu global dengan berpihak kepada pihak yang ditindas tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau mazhab.

“Kita tunggu dan lihatlah, apa yang penting ialah sikap kita dalam konteks politik antarabangsa ini. Kita umat Islam mestilah bersama-sama dengan pihak yang dizalimi tanpa mengira apakah agama, bangsa, anutan dan mazhab mereka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Majlis Anugerah Keterbilangan SPM SMA (Atas)  Sultan Zainal Abidin, di Dewan Fikri, (SMAASZA), semalam.
Beliau turut menyifatkan Iran sebagai antara negara yang menjadi mangsa dalam konflik semasa, termasuk dakwaan serangan dan insiden keganasan yang mengorbankan pemimpin serta rakyat awam negara itu.

"Dalam konteks ini, Iran adalah satu negara yang dizalimi, diserang, dibunuh pemimpin mereka, dibunuh rakyat yang tidak berdosa," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS sebelum ini sering menzahirkan pendirian solidariti terhadap isu-isu kemanusiaan dan penindasan di peringkat antarabangsa, selaras dengan pendekatan dasar luar berasaskan nilai kemanusiaan dan keadilan.

Ketegangan Iran–Israel terus menjadi perhatian dunia susulan peningkatan insiden keselamatan dan pertembungan geopolitik di rantau Timur Tengah, yang turut mengundang reaksi pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan