Jalur Gemilang
Berita :
Lapan Pemecah Ombak Baharu Dicadang, JPS Perlu Nilai Keperluan Teknikal
Lapan Pemecah Ombak Baharu Dicadang, JPS Perlu Nilai Keperluan Teknikal
Adli Mohamad
17 jam yang lepas
180

KUALA TERENGGANU, 18 November - Mengenai cadangan penambahan lapan struktur pemecah ombak, Jabatan Pengairan dan Saliran dicadangkan agar melaksanakan penilaian teknikal berdasarkan keadaan hakisan semasa dan keperluan kawasan terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata, perkara tersebut adalah bagi memastikan perlindungan pantai lebih menyeluruh serta tidak menjejaskan kawasan bersebelahan.

"Kerajaan negeri akan terus memperkukuh pemantauan projek, mempercepat penyelesaian isu teknikal dan memastikan kerja-kerja 'Beach Nourishment' serta pembinaan struktur pemecah ombak dilaksanakan mengikut jadual.

"Aspek keselamatan penduduk di kawasan berisiko juga akan diberi perhatian melalui langkah mitigasi yang bersesuaian,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima Belas (BAJET), di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Hanafiah berkata sekiranya penambahan struktur tersebut diperlukan, JPS perlu menyediakan justifikasi teknikal.

"Juga anggaran kos untuk dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi pertimbangan peruntukan,"ujar beliau.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan