Jalur Gemilang
Berita :
Lima Fokus Diangkat Jayakan Belanjawan Terengganu 2027
Lima Fokus Diangkat Jayakan Belanjawan Terengganu 2027
Mohd Irsyadi Abu Bakar
16 minit yang lepas
19

KUALA TERENGGANU, 15 November - Kerajaan Terengganu mengetengahkan lima fokus utama dalam Belanjawan 2027 hari ini, bagi mencapai matlamat merealisasikan kehidupan rakyat yang lebih bermaruah dan bermakna.

Bertemakan Melakar Bahagia, Memacu Sejahtera, Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, fokus utama yang digariskan ialah memperkukuh tadbir urus dan fiskal negeri menerusi akuntabiliti institusi serta penerokaan sumber hasil baharu.

"Kedua, Memacu pertumbuhan ekonomi dengan merancakkan pelaburan berkualiti, mengukuhkan rantaian nilai dan memberdayakan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

"Ketiga pula ialah merancakkan sektor pelancongan melalui pelbagai promosi yang agresif," katanya.

Tambahnya, fokus keempat ialah memperkasa pembangunan modal insan yang dilaksanakan menerusi latihan kemahiran aras tinggi dan ekosistem pekerjaan yang kondusif.

Fokus terakhir yang diutarakan ialah mensejahterakan kehidupan rakyat dengan memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta pemantapan akses kepada keperluan asas.

Dalam pada itu, Dr Samsuri  turut mengambil pendekatan berbeza dalam  Belanjawan 2027 apabila melakukan pembentangan secara 'strategy map' berbanding mengumumkan satu per satu projek dan program.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan