Jalur Gemilang
Berita :
Lopak Pasar Pagi Alor Lintah Ditangani, Kebersihan Diperkemas
Lopak Pasar Pagi Alor Lintah Ditangani, Kebersihan Diperkemas
Adli Mohamad
2 jam yang lepas
26

KUALA TERENGGANU, 19 November - Masalah lopak air di kawasan Pasar Pagi Alor Lintah, Jerteh khususnya ketika musim hujan ditangani menerusi kerja-kerja menambak dan menutup kawasan berlopak bagi memastikan keselesaan peniaga serta pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan menggunakan batu koral bagi menutup lopak-lopak berkenaan sekali gus mengurangkan masalah serta aduan yang dibangkitkan oleh peniaga serta pengunjung selama ini.

Menurutnya, perhatian turut diberikan terhadap aspek kebersihan kawasan pasar termasuk pengurusan sampah yang perlu dilaksanakan secara lebih sistematik mengikut jadual.

"Bagi kemudahan solat, tapak pasar ini bersebelahan dengan Masjid Alor Lintah yang lebih besar dan selesa. Kita menggalakkan peniaga serta pengguna menggunakan kemudahan masjid tersebut untuk menunaikan solat.

"Kita juga telah memaklumkan kepada pihak masjid supaya memastikan urusan kutipan sampah di kawasan pasar berjalan secara sistematik dan berjadual,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa menghadiri Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (BAJET), Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Dalam pada itu,ujar beliau sebaik sahaja operasi Pasar Pagi Alor Lintah selesai, pihak kontraktor dan pemajak akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, usaha berterusan itu penting dalam memastikan kawasan pasar sentiasa bersih, teratur dan selesa untuk kegunaan seluruh masyarakat setempat


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan