KUALA TERENGGANU, 29 Jun - Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu 2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat bakal diadakan di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru pada 6 Julai ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Dato’ Ariffin Deraman berkata, pelbagai agensi kerajaan dan institusi akan turut serta bagi menyediakan perkhidmatan serta khidmat nasihat secara terus kepada rakyat.
“Antaranya KWSP, PERKESO, BSN, Tabung Haji, JPJ, AKPK, TNB, CelcomDigi, KMI Healthcare, Takaful Malaysia dan lain-lain,” ujarnya.
Katanya, orang ramai dialu-alukan untuk manfaatkan peluang tersebut bagi mendapatkan maklumat, menyelesaikan urusan serta menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan di bawah satu bumbung.
“Ayuh hadir beramai-ramai. Semoga program ini memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dengan agensi-agensi yang terlibat,”ujarnya.
Tambah beliau, kaunter bayaran cukai tanah turut dibuka sepanjang sehari karnival tersebut berlangsung.
Tag :