Berita :
MBKT Tegas Terhadap Pemilik Bangunan Abaikan Kebersihan Dan Penyelenggaraan
MBKT Tegas Terhadap Pemilik Bangunan Abaikan Kebersihan Dan Penyelenggaraan
Rohayati Ripin
1 hari yang lepas
297

KUALA TERENGGANU, 25 Jun– Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik tanah dan bangunan yang gagal menjaga kebersihan dan keadaan infrastruktur premis masing-masing.

Datuk Bandar, Lizan Che Mat, berkata pihaknya telah mengarahkan pemilik tanah atau bangunan yang dikenal pasti bermasalah supaya mengambil tindakan segera bagi membaiki dan membersihkan premis mereka.

Menurut beliau, notis peringatan juga akan ditampal pada bangunan yang terlibat sebagai amaran supaya pemilik melaksanakan tanggungjawab mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

“Semua bangunan perlu sentiasa dijaga kebersihannya serta memastikan infrastrukturnya berada dalam keadaan baik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan orang ramai,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kegagalan pemilik mengambil tindakan selepas beberapa bulan akan menyebabkan MBKT melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Tambahnya, langkah tersebut penting bagi memastikan imej bandar raya sentiasa terpelihara selain mengelakkan bangunan terbiar atau tidak disenggara menjadi punca gangguan kepada masyarakat setempat.

MBKT turut mengingatkan semua pemilik premis supaya lebih proaktif dalam menyelenggara harta masing-masing bagi mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, selamat dan kondusif untuk penduduk serta pelawat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan