Jalur Gemilang
Berita :
MTHQ Terengganu 2026: Abdul Hadi, Nur Jannah Sukar Digugat
MTHQ Terengganu 2026: Abdul Hadi, Nur Jannah Sukar Digugat
Mohd Irsyadi Abu Bakar
38 minit yang lepas
37

KUALA TERENGGANU, 13 November - Qari Kuala Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim, dan qariah Setiu, Nor Jannah Abd Rahman terus mengungguli Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1448H/2026 apabila sekali lagi dinobatkan sebagai qari dan qariah terbaik pada malam semalam. 

Kemampuan kedua-dua mereka dalam tilawah Al-Quran di peringkat negeri terbukti sukar digugat dengan Abdul Hadi telah menjadi juara bertahan selama enam kali berturut-turut.

Sementara, Nur Jannah pula muncul qariah terbaik buat kali ketiga berturut-turut sejak MTHQ 2024.

Abdul Hadi dan Nur Jannah membawa pulang hadiah wang RM8,000 serta piala dan akan mewakili Terengganu ke Kejohanan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun depan.


Sementara itu, qari Mohd Qosim Husni dan qariah Nur Afifah Zaki merangkul tempat kedua yang menerima hadiah wang RM6,000 berserta piala.

Tempat ketiga pula menjadi milik qari Marang, Ahmad Syahir Yahaya dan qariah, Siti Nasuha Ali yang membawa pulang RM4,000 dan piala.
 
Pada majlis yang berlangsung selama tiga hari itu, seramai 40 peserta mengambil bahagian, terdiri daripada 10 qari dan qariah serta 30 hafiz dan hafizah.
 
Majlis penutup disempurnakan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan