Berita :
Pertanian Sumbang RM2.9 bilion kepada ekonomi Terengganu, titah Pemangku Raja
Pertanian Sumbang RM2.9 bilion kepada ekonomi Terengganu, titah Pemangku Raja
Noraini Jusoh
7 jam yang lepas
127

KUALA TERENGGANU, 20 April – Sektor pertanian terus menjadi antara nadi penting ekonomi Terengganu apabila menyumbang sebanyak RM2.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri pada 2024.

Nilai itu mencatatkan pertumbuhan 3.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, bertitah pencapaian itu membuktikan sektor pertanian bukan sahaja penting dalam menjamin bekalan makanan, malah turut berupaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.

Sehubungan itu, baginda menyarankan agar kerajaan negeri terus memperkukuh aktiviti pengeluaran hasil tanaman serta infrastruktur di Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu bagi membantu pemain sektor berkenaan memperluas dan meningkatkan hasil pengeluaran.

Dalam masa sama, titah baginda, transformasi sektor pertanian perlu digerakkan menerusi penggunaan teknologi seperti smart farming dan precision agriculture supaya sektor itu berkembang menjadi lebih moden serta bernilai komersial.

“Usaha ini akan meningkatkan pendapatan rakyat serta memenuhi agenda sekuriti makanan negara,” titah Tengku Muhammad Ismail.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan