Berita :
Peruntukan Diluluskan, Jambatan Kayu Gong Dohuk Diganti Struktur Konkrit
Peruntukan Diluluskan, Jambatan Kayu Gong Dohuk Diganti Struktur Konkrit
Hidayah Azlin
13 jam yang lepas
138

SETIU, 15 Jun – Jambatan kayu di Gong Dohuk, Kampung Bahagia di sini, akan digantikan dengan struktur konkrit baharu dalam masa terdekat demi keselesaan penduduk dan pekebun kelapa sawit di kawasan sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim memaklumkan bahawa peruntukan bagi projek pembangunan infrastruktur tersebut sudah pun diluluskan dan sedia untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, jambatan kayu sedia ada yang menjadi laluan utama di situ akan menjadi kenangan sebaik sahaja struktur baharu serta  lebih kukuh siap dibina kelak.

"Jambatan kayu di Gong Dohuk Kampung Bahagia ini bakal jadi kenangan. Peruntukan dah ada. Insya-Allah dalam masa terdekat akan jadi jambatan konkrit baru," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Azman menjelaskan bahawa kemudahan tersebut dibina khusus untuk memberi jaminan keselamatan kepada para pekebun kelapa sawit di sekitar kawasan berkenaan.

Jambatan baharu tersebut dijangka dapat melancarkan lagi urusan harian serta mempermudah proses mengangkut hasil pertanian penduduk setempat dengan lebih selamat tanpa memiliki perasaan bimbang terhadap risiko struktur rosak.

Projek naik taraf ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak kepimpinan dalam memastikan jaringan perhubungan luar bandar sentiasa ditambah baik demi merangsang sosioekonomi komuniti setempat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan