Berita :
Piala MB Terengganu Medan Penyatuan Komuniti Bola Sepak Negeri
Piala MB Terengganu Medan Penyatuan Komuniti Bola Sepak Negeri
Mohd Irsyadi Abu Bakar
15 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Terengganu terus membuktikan peranannya sebagai platform penting dalam memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi dan medium penyatuan generasi muda dengan mempertemukan lapan pasukan terbaik dari setiap daerah.

Pada peringkat akhir kejohanan kali ini, sebanyak lapan pasukan yang mewakili daerah masing-masing akan bersaing merebut kejuaraan iaitu Besut Football Club (Besut), Apal Group FC (Setiu), Padang Machang (Hulu Terengganu), Bukit Bayas FC (Kuala Terengganu), Titian Baru FC (Marang), Persatuan Bola Sepak Daerah Dungun (Dungun), Kelab Bola Sepak Batu 4 (Kemaman) dan BTR FC (Kuala Nerus).

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Mohd Nor Hamzah menyifatkan, kejohanan anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) itu bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi manifestasi kesungguhan kerajaan negeri dalam membangunkan sukan bola sepak secara menyeluruh bermula dari peringkat komuniti.

"Kejohanan ini turut menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kesukanan serta melahirkan insan yang berdisiplin dalam mengurus kehidupan," ujarnya ketika menyempurnakan majlis pelancaran dan pengundian pasukan di Paya Bunga Hotel,  malam ini.

Kejohanan Menteri Besar Terengganu kali terakhir diadakan pada tahun 2023 yang menyaksikan Matang FC dari parlimen Hulu Terengganu muncul juara.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan