Jalur Gemilang
Berita :
Subsidi RM20,000, Rakyat Hanya Perlu Bayar RM55,000 Miliki Rumah
Subsidi RM20,000, Rakyat Hanya Perlu Bayar RM55,000 Miliki Rumah
Rohayati Ripin
15 jam yang lepas
147

KUALA TERENGGANU, 19 November – Rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri pada harga RM55,000 menerusi program Rumah Mesra Rakyat (RMR) RAHMAN selepas menerima subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) itu mengurangkan harga asal rumah berkenaan daripada RM75,000 kepada RM55,000.

“Rumah berkeluasan 750 kaki persegi itu merupakan antara inisiatif yang disediakan bagi membantu rakyat mendapatkan kediaman pada kos lebih rendah.

“Menerusi bantuan berkenaan, peserta menikmati pengurangan sebanyak RM20,000 daripada harga asal, sekali gus mengurangkan komitmen kewangan untuk memiliki rumah sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Kelima Belas (Sidang Bajet) di sini, pada Rabu.

Menurut Wan Sukairi, inisiatif berkenaan merupakan antara usaha kerajaan membantu rakyat memiliki kediaman sendiri susulan peningkatan kos pembinaan dan harga tanah.

Kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada keperluan golongan muda serta pasangan yang ingin memiliki rumah pertama menerusi pelbagai pendekatan perumahan yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan mereka.




Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan