lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Armin Pecah Rekod SUKMA, Pertahan Emas 110m Lari Berpagar
SUKMA 2026: Armin Pecah Rekod SUKMA, Pertahan Emas 110m Lari Berpagar
Ahmad Zaeem Zainudin
7 jam yang lepas
186

SERDANG, 16 Ogos - Atlet Terengganu, Mohamad Armin Zahryl mencipta rekod baharu kejohanan SUKMA dalam acara 110 meter (m) lari berpagar lelaki selepas merekodkan catatan 13.66 saat pada saingan SUKMA Selangor 2026, hari ini.

Catatan bersejarah itu menyaksikan Armin memecahkan rekod terdahulu 13.78 saat yang dilakukan Hazriq Cik Mat Kilau dari Johor pada saingan separuh akhir.

Lebih membanggakan, catatan tersebut membantu Armin mempertahankan pingat emas dalam acara berkenaan sekali gus menghadiahkan emas buat kontinjen Terengganu bagi acara olahraga.

Armin berkata, kejayaan itu amat disyukuri, terutama dengan kehadiran ibunya yang menyaksikan perlumbaan tersebut.

"Alhamdulillah, pada Allah Subhanallah Ta'ala, saya dapat lagi 110 meter dengan gold medal.

"Saya sangat bersyukur terutama kepada ibu saya yang datang. Kedua, kepada Persatuan Olahraga Negeri Terengganu, L.O Majlis Sukan Negeri Terengganu.

"Selepas itu, rakyat-rakyat Terengganu, rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Terima kasih," katanya kepada media selepas perlumbaan.

Menurutnya, kehadiran ibu tercinta pada kejohanan berkenaan turut memberikan semangat tambahan kepadanya untuk memburu kejayaan.


Artikel Berkaitan