KAJANG, 17 Ogos - Bidikan Muhammad Akmal Danial Baharuddin tepat menuju ke podium tertinggi apabila muncul juara acara compound lelaki dalam SUKMA Selangor 2026, hari ini.
Akmal Danial mencipta kejutan dengan catatan 700 mata apabila mengatasi rakan senegeri, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki yang sebelum ini diletakkan sebagai sandaran utama negeri untuk memburu emas.

"Saya bersyukur bimbingan daripada jurulatih, emak ayah yang menyokong dengan apa yang saya buat dan ini pun sebab rezeki Allah yang bagi," katanya kepada pemberita.
Untuk rekod, rekod SUKMA Serawak 2024 bagi kategori acara memanah yang sama telah dipegang oleh Afiq Zufar Mohamad Shah dengan 692 mata.

Dua lagi wakil Terengganu turut mencatat kedudukan dalam kelompok terbaik apabila Muhamad Bilal Mubeen Mohd Izuan berada di tempat kesembilan dengan 690 mata.
Manakala, Muhammad Taqiuddin Haziq Zulkifli menduduki tangga ke-16 dengan 678 mata.