lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Layak Ke Suku Akhir
SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Layak Ke Suku Akhir
Mohd Irsyadi Abu Bakar
7 jam yang lepas
252

SHAH ALAM, 13 Ogos- Pasukan Bola Tampar Pantai, Terengganu A muncul antara pasukan terawal melayakkan diri peringkat suku akhir apabila menewaskan Johor B dengan keputusan 2-0, pada aksi terakhir peringkat Pool F, hari ini.

Terengganu A diwakili Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq menewaskan gandingan Chang Kai Zhe dan Ong Li Wei secara 'straight set' (21-5)(21-7) untuk terus kekal sebagai pendahulu kumpulan.

Terdahulu, Terengganu A menewaskan Sabah A (semalam), juga dengan skor 2-0 dan Kelantan A (2-1), pada saingan hari pertama peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, satu lagi pasukan iaitu Terengganu B yang diwakili gandingan Muhammad Ashraf Baginda dan Muhammad Zuhairi, turut layak ke suku akhir selepas menang 2-0 (21-12)(21-17) ke atas Sarawak A pada aksi terakhir Pool B, sebentar tadi.


Tag :

Artikel Berkaitan