SHAH ALAM, 15 Ogos - Atlet judo Terengganu, Diana Renee Rosazizan memecahkan kebuntuan pingat emas pada SUKMA Selangor 2026 selepas muncul juara kategori bawah 57 kilogram (kg) wanita.
Diana Renee menewaskan pencabarnya dari Johor, Nur Asna Rosli menerusi kemenangan yuko pada aksi pusingan akhir kategorinya yang masih berlangsung di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC), hari ini.

Empat pingat perak tersebut disumbangkan Muhammad Amsyar Azizi R Azmi dalam kategori bawah 81kg lelaki, Muhammad Firhan Iman Mohd Faizal (-73kg), Muhammad Aiman Azhari Tajudin (-66kg) serta Fatin Alia Mohd Johan (-52kg wanita).
Terdahulu, skuad Judo Terengganu meraih tiga pingat perak dan satu gangsa menerusi Ammar Rafiki Mohd Ridzuwan (-55kg), Nur Fasha Zazali (-44kg), Muhammad Lokman Hakim Mohamad Asri (-60kg) dan Nur Syaza Irdani (-48kg).
Secara keseluruhan, judo Terengganu kini mengumpul satu pingat emas tujuh perak dan satu gangsa pada SUKMA Selangor 2026.