SHAH ALAM, 17 Ogos - Skuad taekwondo Terengganu muncul juara keseluruhan acara taekwondo pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 selepas mengumpul sembilan pingat, terdiri daripada empat emas, empat perak dan satu gangsa.
Emas pertama Terengganu disumbangkan Halimah As-Sa’adiyyah Nasir-Tsafe dalam acara kyorugi wanita bawah 49 kilogram (kg) selepas menewaskan wakil Selangor, S. Jovina Varrsha, 2-0 pada aksi final.

Sara Nur Ibtisam kemudian menghadiahkan emas ketiga buat Terengganu dalam kyorugi wanita bawah 62kg selepas menewaskan wakil Kelantan, Alya Umairah, 2-0.
Emas keempat dan terakhir Terengganu diraih Muhammad Nasruddin semalam, dalam kyorugi lelaki bawah 80kg selepas menewaskan wakil Wilayah Persekutuan, Yap Ren Ken, 2-0 pada aksi final di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadi pencapaian membanggakan buat kontinjen Terengganu dan mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai antara kuasa utama taekwondo di pentas SUKMA.