SHAH ALAM, 15 Ogos - Pasukan berbasikal Mountain bike (MTB) Terengganu menggemparkan Lembah Peladang Agro Campsite, apabila membolot ketiga-tiga pingat bagi acara Cross Country Olympic (XCO) lelaki yang berakhir hari ini.
Muhammad Naufal Iman Mohamad Fauzi muncul pemenang dengan mencatatkan masa 1:07:28:064 saat untuk meraih pingat emas.
Rakannya, Saniy Syu'aib Mohd Safiee pula berada di tempat kedua dengan perbezaan 00.13 saat (1:07:41:520 saat).
Manakala, seorang lagi atlet Terengganu iaitu Muhammad Effan Wafiy Nor Effandy berjaya mendapatkan pingat gangsa dengan catat 1:10:12:232 saat.
Meletakkan sasaran dua pingat bagi acara ini, atlet Terengganu sekali lagi memecahkan jangkaan dengan dominasi kesemua pingat.