Oleh : Nurul Natasha Surin
KUALA TERENGGANU, 16 Mei – Keberanian dua anak muda membantu menyelamatkan mangsa kejadian lemas di Jeram Tokong, Pasar Manir, di sini, semalam, mendapat perhatian ramai.
Dalam kejadian itu, Shahrul Shazlan Mat Daud atau dikenali sebagai 'Pok' dan Muhammad Suhail Mohammad Zin nekad turun membantu mangsa walaupun keadaan ketika itu cemas dengan arus sungai yang deras.
Tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan dua daripada empat mangsa yang dihanyutkan arus dalam kejadian tersebut.

“Dalam keadaan panik, mereka tetap turun membantu tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.
“Bukan semua orang ada keberanian seperti ini dan saya amat menghargai tindakan pantas mereka,” katanya selepas menyampaikan saguhati kepada dua pemuda terbabit, petang semalam.
Terdahulu, dua mangsa yang meninggal dunia ialah Nur Afiqah Shahirah Mohd Shawalludin, 15, dan adiknya, Nur Shahila Shahirah Azman, 12.
Manakala, dua lagi mangsa yang berjaya diselamatkan iaitu Noor Shaqira Abdul Fatah dan Nurul Ain Fatihah Mohd Zamri, masing-masing berusia 12 tahun, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dilaporkan stabil.

Tag :