Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Beri Jaminan Sistem Saluran Air Buang Sawah Padi Gong Telikong  Dibersihkan Segera
Terengganu Beri Jaminan Sistem Saluran Air Buang Sawah Padi Gong Telikong Dibersihkan Segera
Hidayah Azlin
5 jam yang lepas
91

SETIU, 20 September – Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembersihan parit air buang di kawasan pertanian Gong Telikong, di sini, sedang dalam proses pelaksanaan bagi memastikan kelancaran operasi tanaman padi setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim menjelaskan, keadaan parit yang kerap ditumbuhi rumput tebal merupakan fenomena biasa berikutan kandungan nutrisi baja yang wujud di dalam air limpahan dari petak sawah.

"Parit air buang berfungsi secara khusus untuk mengalirkan keluar air dari sawah padi apabila petak tanaman perlu dikeringkan mengikut fasa pertumbuhan tertentu.

"Disebabkan air buangan tersebut mengandungi sisa baja tanaman, ia secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan rumput dengan pantas di sepanjang saluran berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memaklumkan, tindakan pembersihan secara menyeluruh akan dilaksanakan seawal mungkin bagi memastikan fungsi infrastruktur pengairan berada pada tahap optimum demi menjaga kebajikan serta produktiviti pesawah di kawasan tersebut.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan