Berita :
Terengganu Marvels Tekad Beri Aksi Terbaik
Terengganu Marvels Tekad Beri Aksi Terbaik
Mohd Irsyadi Abu Bakar
14 jam yang lepas
170

KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Terengganu Marvels bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik menjelang pertemuan menentang Kedah Sunshine pada peringkat separuh akhir  CelcomDigi Netball Super League (NSL) Malaysia 2026, petang ini.

Pengurus pasukan, Wan Sarimah Wan Razak berkata, seluruh ahli pasukan teruja kerana buat julung kalinya berjaya melangkah ke separuh akhir.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Ini satu langkah besar untuk pasukan. Tetapi pada masa sama, kami anggap ini sebagai satu proses pembelajaran dan bukan sesuatu yang kami nak cepat berpuas hati.

“Setakat ini, persiapan berjalan seperti biasa, kami fokus kepada memperbaiki apa yang perlu dari perlawanan sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, peluang berada di peringkat ini akan dimanfaatkan sebaiknya dengan melangkaui batasan menuju ke peringkat lebih tinggi. 

“Sudah tentu setiap pasukan ada impian untuk ke 'final', termasuk kami. Tapi fokus utama kami sekarang adalah untuk berikan yang terbaik dalam perlawanan ini.

"Kami ambil satu langkah pada satu masa dan cuba nikmati proses ini sambil terus belajar dan 'improve'," katanya.

Terengganu Marvels akan menentang Kedah Sunshine pada jam 5.00 petang ini dan perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 801.

Dalm satu lagi aksi separub akhir, Johor Jewels akan bertemu KL Wildcats pada jam 8.00 malam.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan