Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Rekod Taburan Hujan Tertinggi Dalam Negara
Terengganu Rekod Taburan Hujan Tertinggi Dalam Negara
Adli Mohamad
13 jam yang lepas
201

KUALA TERENGGANU, 24 November  – Terengganu merekodkan taburan hujan harian tertinggi di Malaysia dengan jumlah 107.2 milimeter berdasarkan rekod Stesen Meteorologi Utama Kuala Terengganu setakat semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan  memaklumkan, jumlah hujan yang direkodkan di Kuala Terengganu mengatasi negeri lain, sekali gus meletakkan Terengganu pada kedudukan tertinggi bagi jumlah hujan harian.

Kota Bharu, Kelantan mencatatkan jumlah hujan kedua tertinggi dengan 59.0 milimeter, manakala Tawau, Sabah berada di tempat ketiga dengan 43.6 milimeter.

Perbezaan ketara antara jumlah hujan yang direkodkan di Kuala Terengganu berbanding dua lokasi berkenaan menunjukkan taburan hujan yang tinggi di negeri ini dalam tempoh sehari.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi METMalaysia.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan