Jalur Gemilang
Berita :
Titian Baru Tebus Kekecewaan, Muncul Juara Piala ADUN Bukit Payung 2026
Titian Baru Tebus Kekecewaan, Muncul Juara Piala ADUN Bukit Payung 2026
Abdul Fattah Kamarudin
17 jam yang lepas
177

KUALA TERENGGANU, 16 November – Titian Baru FC berjaya menebus kekecewaan tahun lalu apabila muncul juara Piala ADUN Bukit Payung selepas menewaskan Atas Tol FC menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 dalam aksi perlawanan akhir di Padang Kampung Laut, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan saling berbalas serangan sejak wisel permulaan.

Titian Baru FC terlebih dahulu membuka jaringan pada pertengahan separuh masa pertama menerusi sepakan percuma pemain pertahanan Harris Mat Rasid untuk mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Atas Tol FC bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi tandukan kapten pasukan, Muhammad Alif Farhan Fauzi, yang menyudahkan sepakan percuma rakan sepasukan dari kawasan tengah padang.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti yang akhirnya menyaksikan Titian Baru FC menang 5-4 untuk membawa pulang gelaran juara.
Jurulatih Titian Baru FC, Zamani Hussin berkata, kejayaan itu cukup bermakna buat pasukannya selepas melalui perjalanan yang penuh dengan jatuh bangun dalam saingan Piala ADUN Bukit Payung.

Menurutnya, Titian Baru FC pernah muncul juara pada kejohanan yang sama pada edisi 2018 dan 2022.Pada edisi 2025 pula mereka terpaksa akur selepas tewas kepada Sena Rendang FC dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebelum menebusnya kembali pada tahun ini.
Dalam kejohanan kali ini, penjaga gol Titian Baru FC, Muhammad Rizal Azraei, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan hasil persembahan cemerlangnya sepanjang pertandingan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan