Jalur Gemilang
Berita :
Zulkifly, Rozilah juara Tilawah Al-Quran Daerah Setiu 2026
Zulkifly, Rozilah juara Tilawah Al-Quran Daerah Setiu 2026
Ariss Alias
13 jam yang lepas
45

SETIU, 29 September - Zulkifly Mohamed Adnan dari Chalok Lama dan Rozilah Yaacob dari Kampung Rahmat dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu 1448H/2026M yang berlangsung di Masjid Al-Amin, Kampung Sungai Lerek, malam tadi. 

Kemenangan itu melayakkan mereka masing-masing menerima wang tunai RM2,000, piala pusingan dan sijil penyertaan. 

Bagi kategori qari, Reemli Awang Teh dari Kampung Tasek muncul naib johan, manakala kategori qariah disandang Halimah Ibrahim dari Kampung Chalok Lama. Kedua-duanya menerima wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan. 

Tempat ketiga kategori qari pula dimenangi Muhammad Muaz Mokhtar, manakala kategori qariah disandang Farah Aina Mohd Ghazali, dengan kedua-duanya berasal dari Ladang Bari.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Azmi Maarof yang turut diiringi ADUN Permaisuri Mohd Yusop Majid, Pegawai Daerah Setiu Yuzaini Amir Mohd Nor dan Pegawai Agama Daerah Setiu Ustaz Kamal Mamat.
Program berkenaan menjadi antara usaha memperkasa penghayatan al-Quran dalam kalangan masyarakat setempat, selain menyediakan ruang kepada qari dan qariah mengetengahkan bakat serta kemahiran dalam seni bacaan al-Quran.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan