• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

‘Influencer’ Bukan Lesen Langgar Syariat

KUALA TERENGGANU, 11 April – ‘Influencer’ atau pempengaruh dipesan agar tidak terperangkap dengan populariti sehingga sanggup menggadai prinsip agama.

Penulis buku, Norli Madlan atau lebih dikenali sebagai Bonda Nor turut mengingatkan para penggiat media sosial agar memanfaatkan ruang tersebut dengan dakwah.

“Sangat besar tanggungjawab yang digalas oleh seorang pempengaruh, jangan sekadar pandang seronoknya jadi ‘glamour’, mampu jana pendapatan dan sebagainya.

“Namun, betulkan niat agar mampu memberi manfaat kepada orang lain terutamanya buat pengikut kita. Gunakan jawatan tersebut untuk berkongsi kebaikan, nescaya Allah membuka lebih banyak cabang kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Program Himpunan Influencer Terengganu di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu di sini kelmarin.

Bonda Nor turut memuji sikap influencer anak muda Terengganu, Sukri Sulaiman kerana tegas dalam pemilihan pelakon serta jalan cerita agar tidak melanggar batas agama.

 


Tag: