• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Ingat Pesanan Ibu Bapa- Hazri

KEMAMAN, 18 Januari - "Solat jangan tinggal dan jangan meninggikan suara dengan kedua ibu bapa," pesan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh ketika mengunjungi pelajar yang mengikuti Tuisyen Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang, baru-baru ini.

Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kijal memperuntukkan sejumlah wang kepada sekolah terlibat bagi mengadakan pecutan terakhir kepada pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Sebahagian pelajar yang mengikuti program Tuisyen Rakyat

Seramai 291 calon SPM mengikuti program yang dianjurkan oleh PKM DUN Kijal dengan kerjasama sekolah terlibat diantaranya SMK Seri Bandi dan SMK Kijal.

Sementara itu, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS) Kijal, Mohamad Roslan Ab Rahman berkata, selepas ini akan ada lagi program bersama pelajar iaitu Lambaian Menara Gading (LAMEGA) dan Motivasi Pelajar Bersama Ibubapa dalam masa terdekat ini.

"Kami di PKM DUN Kijal amat komited dalam menyantuni belia dan pelajar disekitar Kijal dan harapan saya agar mereka berjaya samada didunia maupun diakhirat," katanya ketika ditemui pemberita dipejabatnya, kelmarin.

 


Tag: