Terengganu Tarik Pelaburan RM3.1 Bilion Melalui ECERDC, Jana Lebih 5,000 Kerja
HULU TERENGGANU, 25 September - Institusi kekeluargaan yang stabil adalah ramuan utama bagi kebangkitan peradaban serta proses pembentukan masyarakat dan negara.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, berkata tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna.
Katanya, pembangunan dan usaha memperkasakan keluarga adalah penting supaya anak-anak dapat dibentuk menjadi insan yang positif dan berguna.
"Keluarga merupakan satu institusi kecil di peringkat kampung yang akan menjadi dominan sekiranya lengkap mampu menjadi asas pembinaan masyarakat, negeri dan negara.
"Sekiranya rosak di sini maka rosaklah pembinaan tersebut. Bina insan tidak akan terbina molek sekiranya kita tidak perkemaskan institusi keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Inspirasi Suri Sejahtera (Wanita Ceria Keluarga Sejahtera) Bertempat di Dewan Yayasan Salim RAKR Tok Randok Ajil, disini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) Wan Nur Sakinah Din.
Tambahnya, institusi keluarga mempunyai potensi dan kuasa yang lebih berkesan untuk memerangi penyakit sosial jika dibandingkan dengan peranan pihak luar.
Maliaman berkata melalui portfolionya, beliau akan memfokuskan kepada institusi kekeluargaan supaya usaha ibu bapa untuk membina anak generasi baru yang mempunyai kualiti berjaya.
Jelas beliau, institusi keluarga perlu dibangunkan dan diperkukuhkan untuk menghadapi pelbagai cabaran akibat pertumbuhan ekonomi negara yang pesat.