lightning-solid
Berita :
Isu Felda: Kutipan Premium 18,000 Hektar Bakal Jadi 'Rezeki Tambahan' Buat Terengganu
Isu Felda: Kutipan Premium 18,000 Hektar Bakal Jadi 'Rezeki Tambahan' Buat Terengganu
Zahid Mustafar
6 jam yang lepas
50

KUALA TERENGGANU, 28 Januari – Penyelesaian isu tanah ladang komersial Felda seluas kira-kira 18,000 hektar dijangka menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan negeri melalui kutipan bayaran premium dan cukai tanah yang baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim menyifatkan perkembangan terbaharu ini sebagai 'rezeki tambahan' kepada negeri dan rakyat Terengganu.

Beliau menjelaskan bahawa Felda dikehendaki mengemukakan permohonan Borang Jadual 1 bermula Mac depan, yang secara teknikalnya mengesahkan status tanah Ladang FGV tersebut masih merupakan tanah kerajaan negeri dan premiumnya belum dijelaskan.

IMG_7032.JPG 1.71 MB
Menurut Azman, fakta dan prosedur semasa ini secara langsung menyangkal kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang mendakwa Felda telah melunaskan semua bayaran kepada Kerajaan Terengganu.

"Fakta ini sekali gus menafikan kenyataan dari beberapa pihak di peringkat Persekutuan sebelum ini termasuk Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

"Ia bermakna, Felda perlu membayar premium tanah dan cukai tanah bagi keluasan 18,000 hektar tersebut kerana status pemilikan dan bayaran belum selesai sepenuhnya seperti yang didakwa," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata situasi ini turut selari dengan pengakuan Pengerusi Felda bahawa proses penyelesaian tanah di Terengganu sememangnya akan melibatkan implikasi kewangan di pihak agensi tersebut.

Jelas beliau, sekiranya dakwaan bahawa semua bayaran telah diselesaikan adalah benar, isu implikasi kewangan tambahan tidak akan berbangkit dalam fasa penyelesaian ini.

Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa segala hasil yang diperolehi daripada kutipan premium dan cukai tanah ini akan diuruskan dengan telus demi manfaat pembangunan rakyat.


Artikel Berkaitan