• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Isu kerosakan Jeti Bot Penambang Diselesai Segera

KUALA TERENGGANU, 18 November – Isu kerosakan jeti bot penambang yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) akan diselesai segera selepas peruntukan diluluskan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membina semula jeti tersebut telah diluluskan di peringkat Unit Perancang Ekonomi Terengganu (UPEN).

“Saya tidak berpuas hati dari segi kadar kita mengambil tindakan untuk perkara ini malah kerana itu saya mengeluarkan duit saya sendiri kalau tak boleh buat apa-apa angkat dulu kerana ia membahayakan orang ramai.

“Jadi saya pada masa itu mengeluarkan duit saya sendiri membiayai kren dan dibantu  Jabatan Unit Amal untuk mengangkat jeti yang berkenaan supaya dapat kita memberi mesej kepada pihak berkenaan supaya menyegerakan pengurusan dan menyediakan jeti baru dengan selamat,” tegasnya.

Beliau yang juga Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media pada semalam.

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pihak Bandaraya bahawa projek pembinaan tersebut ada prosesnya.

“Apabila saya bawa isu ini kepada pihak bandaraya, mereka beritahu masih ada jeti lain sepatutnya  boleh digunakan selamat.

“Tapi saya faham kebanyakan daripada pengguna kita nak yang lebih cepat dan dekat untuk bawa,” jelas Amzad.

 


Tag: