• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Isu Muara Sungai Merang ke Parlimen Khamis Ini

HULU LANGAT, 14 Mac – Masalah muara Sungai Merang yang cetek menjadi keutamaan dalam sesi perbahasan di Persidangan Parlimen pada Khamis ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, usaha bagi membawa suara rakyat Setiu tidak malap walaupun ada perbezaan pentadbiran Persekutuan dan Negeri.

“Saya akan kekal konsisten sebagaimana sesi lepas bagi memperjuang isu infrastruktur dan kebajikan buat rakyat hingga pada sesi lepas banyak projek besar diluluskan di Setiu.

“Sesi kamar khas beberapa hari lalu juga telah saya bangkitkan supaya disegerakan penyelesaian masalah hakisan di Pengkalan Maras dan Baru Kecil.

“Pada Khamis ini Setiu akan bangkit bagi membawa isu air serta masalah muara Sungai Merang cetek yang semakin teruk,” katanya ketika ditemui dalam Hari Keluarga Perantau Terengganu peringkat Lembah Klang di Kingfisher Resort, di sini baru-baru ini.

Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan buat perantau kerana menyumbang dalam kemeanagan besar Perikatan Nasional di Terengganu pada Pilihan raya Umum lalu.

“Dsebabkan sumbangan perantauan ini. lonjakan kemenangan berhasil begitu besar sehingga menyapu bersih semua kerusi.

“Pilihan Raya Negeri akan datang ini, dengan kejayaan kerajan negeri laksanakan 20 manifesto tidak mustahil Pas akan menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti sama atau lebih besar berbanding PRU lalui,” tambahnya.

Terdahulu, Shaharizukirnain berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Setiu pada PRU dengan majoriti udi sebanyak 19,032.10:08 AM

 


Tag: