• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

ISU: Pokok Sutera Flos- Fitnah Dosanya Lebih Besar Dari Membunuh

“Ahmad Razif telah dikaitkan dan dituduh sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan, kata Zaini Ibrahim, Pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran”

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba-tiba telah difitnah oleh pihak tertentu hanya kerana ghairah untuk menimbulkan keraguan rakyat kepada kepimpinannya.

Seorang pemimpin yang memiliki akhlak mulia sudah tentu dicemburui ramai pihak yang ingin mencari kesalahannya jika ada, bagi tujuan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, sekaligus kerajaan negeri.

 Lantaran tidak ditemui kesalahan-kesalahan, lalu direkacipta atau diada-adakan sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan beliau.

Tidakkah pembuat fitnah lupa Firman Allah yang bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh”
  (Al-Baqarah: 217)

Ahmad Razif telah dikaitkan dan dituduh sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan," kata Zaini Ibrahim, Pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran.

Pokok Brazil eksotik ditanam di kawasan pembangunan bandar baru Kuala Nerus telah menjadi kontroversi apabila fitnah itu ditularkan.

Kalaulah pokok itu diletakkan di depan kediaman atau rumah Ahmad Razif bolehlah dikaitkan dengan sebarang salah gunakuasa- ini diletakkan oleh kontraktor di TEMPAT AWAM tapak projek bandar baru Kuala Nerus yang masih dalam proses pembinaan.

Difahamkan Ceiba Chodatii , juga dikenali sebagai pokok sutera flos, mempunyai batang berbentuk botol, dipilih oleh kontraktor projek dan ditanam pada Disember tahun lepas di salah sebuah pintu masuk projek yang terletak di Kuala Nerus, kira-kira 14 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Pokok khas telah menjadi buah mulut orang apabila seorang pemfitnah menyebarkan fitnahnya melalui FB.

Pemilik FB itu mengenalkan dirinya sebagai Razak Bidin?
Ia kemudiannya dilebar ulas secara negatif dan buruk sangka oleh beberapa pihak lain.

 Selasa lalu (31 Julai 17) , Ahmad Razif secara jujurnya menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pokok itu sehingga berita tersebar di laman media sosial.

Maka kenyataan itu bertepatanlah dengan apa yang diungkapkan oleh Pengarah Perunding Irzi Sdn.Bhd  Encik Zaini Ibrahim.

Keseluruhan projek bandar baru, termasuk penanaman pokok sutera flos, berada di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR), dan pokok itu disumbangkan oleh kontraktor projek.

"Menteri Besar telah dikaitkan dan dituduh dengan sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan," kata Zaini Ibrahim, pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran.

"Tidak ada sebutan pokok dalam kontrak,” katanya.

Zaini menjelaskan  bahawa kos membeli pokok 3.5m itu adalah termasuk kos pengangkutan dari Brazil

Ceiba pokok chodatii kedua, yang dijadual tiba dalam tempoh enam bulan, difahamkan akan ditanam di satu lagi pintu masuk ke bandar baru itu.

 Harap mereka yang membuat fitnah ke atas Ahmad Razif telah bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi.

-  MINGGU HADAPAN IKUTI WAWANCARA KHAS PENULIS DENGAN PENGARAH PERUNDING IRZI SDN BHD.

 


Tag: