• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Jalan Aring-Kenyir-Kuala Jeneris Ditutup

HULU TERENGGANU, 12 Julai - Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di laluan FT 36 melibatkan Kilometer (KM) 74.8 sehingga KM 75 di seksyen 87 (52) ditutup kepada semua lalulintas sepanjang sehingga 2 Ogos hadapan.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu baru-baru ini, penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan jalan sepanjang laluan 200 meter itu.

Jurutera JKR Daerah, Alif Zuwairi Baharuddin berkata, papan tanda lalulintas akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya.

“Semua pengguna hendaklah mematuhi tanda arah serta papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelasnya, buat sementara waktu, para pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT 08 Jalan Kota Bharu Gua Musang.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Hulu Terengganu, Terengganu di talian 09-6811900, faks 09-6811896.