• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Jalan Baru Bagai Durian Runtuh Di DUN Kemasik

KEMAMAN, 17 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf jalan yang rosak dan jalan yang masih tiada tar melibatkan 53 buah jalan keseluruhannya.

Sebanyak kira-kira RM1.1 juta dibelanjakan bagi keseluruhan kerja untuk jalan yang perlu dinaik taraf di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dalam DUN Kemasik sepanjang tahun 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili memaklumkan bahawa fasa satu bermula Januari hingga Jun yang lalu melibatkas kos sebanyak RM750 ribu. Manakala fasa dua pula bermula Julai hingga Disember nanti akan membabitkan kos sebanyak RM360 ribu.

Gambar-gambar kerja penyelenggaraan di sekitar DUN Kemasik.

"Ada 38 batang jalan yang merangkumi 22 buah kampung dalam Mukim Kemasik dan Kerteh berjaya dinaik taraf bagi fasa (1), dan fasa (2) juga sebanyak 15 buah jalan merangkumi 15 buah kampung telah dijalankan.

“Banyak permohonan dari MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), komuniti dan individu-individu setempat yang memohon untuk menyelenggara jalan di sekitar kediaman masing-masing," katanya.

Tambahnya, buat masa ini, kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan keseluruhan permohonan disebabkan kekangan-kekangan semasa dan peruntukan kewangan.

“Kerja-kerja menaik taraf jalan akan diteruskan seperti biasa dari semasa ke semasa, untuk kemudahan kita bersama jika terdapat peruntukan kewangan dari pihak kerajaan," ujarnya.

 


Tag: