• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Jalan Kuala Kemaman Dinaik Taraf

KEMAMAN, 27 Oktober - Sepanjang kira-kira 800 meter jalan raya di Kampung Kuala Kemaman telah selesai kerja -kerja dinaik taraf, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, ia merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi memberi keselesaan kepada penduduk tempatan dan pengunjung dari luar yang menggunakan jalan raya di situ. 

"Sebelum ini jalan di sini hanya satu hala. Namun selepas ianya dinaik taraf dan ditambah saiz lebarnya, kini jalan raya di situ menjadi dua hala.

"Ia mampu memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya tersebut. Bahkan keselamatannya sudah tentu lebih terjamin," katanya.

Tegas Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, ianya membuktikan kerajaan yang ada pada hari ini sangat prihatin terhadap perkara yang membabitkan kebajikan rakyat di negeri ini. 

"Jalan raya di kawasan lain juga telah banyak dinaik taraf ataupun dibaik pulih. Ianya dijalankan secara berperingkat. 

"Terima kasih kepada semua pihak yang turut sama terlibat dalam kerja-kerja menaik taraf jalan raya ini," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.


Tag: