• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Jalan Persinggahan Persisir Pantai Batu Buruk Ditutup Bagi Pemangkasan Pokok

KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Jalan persinggahan persisir Pantai Batu Buruk kini ditutup sementara kepada semua kenderaan sehingga 8 Disember.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh berkata, jalan itu ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pemangkasan pokok secara bersepadu dilakukan di laluan tersebut.

"Pemangkasan pokok secara bersepadu ini dilakukan sebagai langkah pencegahan kepada pengguna laluan tersebut pada masa akan datang setelah penilaian risiko keselamatan dibuat terhadap pokok-pokok ini.

Kerja-kerja pemangkasan giat dilakukan

"Bagi menjamin keselamatan pengguna, laluan yang bermula dari selekoh Primula Beach Resort sehingga bulatan berhampiran Restoran A&W ini hanya akan ditutup dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja sepanjang kerja-kerja itu dilaksanakan," jelasnya.

Rozali Salleh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Tambah Rozali, selepas waktu tersebut, pengguna boleh melalui laluan tersebut seperti sedia kala.

"Papan tanda lalulintas akan dipasang di tapak untuk panduan pengguna jalan raya.

“Para pengguna hendaklah mematuhi tanda arah serta papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan,” katanya.

Jelasnya, buat sementara waktu, para pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Sultan Mahmud sebagai laluan alternatif.