• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Jalan Raya Perlu Sentiasa Diselenggara Elak Kemalangan

 

KUALA LUMPUR, 7 Disember– Kerajaan diminta agar memandang serius isu kemalangan jalan raya yang kerap berlaku akibat kurangnya peyelenggaraan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata perkara tersebut  perlu dititikberatkan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya diantara perkara yang perlu diberi pehatian ialah berkaitan  garisan jalan yang merupakan salah satu medium untuk mengawal trafik dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya.

“Saya memohon agar pihak kementerian untuk memasukkan peruntukkan untuk kelulusan baikpulih garisan jalan yang pudar dari Kg Gemuruh ke Besut dan Batu Rakit ke Kota Putera, Besut melalui jalan pantai.

"Juga memohon agar pihak kementerian dapat meluruskan selekoh tajam berhadapan dengan Balai Polis Chalok. kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna. Apatah lagi selepas selekoh tersebut terdapat sekolah rendah dan mempunyai lampu trafik berhadapan sekolah tersebut.

“Ini kerana kadang-kadang pengguna tidak menyedari akan lampu trafik tersebut akibat berhadapan selekoh tersebut,"ujarnya pada persidangan Dewan Rakyat. 

Katanya lagi dalam ucapanya itu pada petang semalam, berdasarkan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Selangor, sebanyak 223 kemalangan direkodkan berpunca dari fizikal jalanraya termasuk jalan berlubang serta rosak akibat kerja-kerja pembinaan sepanjang 2018-2020.

“Oleh itu saya memohon agar penguatkuasaan diberi tumpuan di kawasan pembinaan. Ini kerana kebanyakan kemalangan jalanraya berlaku akibat kecuaian pemaju projek pembinaan yang tidak menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan tersebut,"tegasnya.

Shahrizukirnain berkata, beliau memberi sokongan penuh kempen ‘Kita Jaga Jalan Kita’ yang menitikberat tanggungjawab pengguna untuk bertanggungjawab terhadap jalan raya yang diguna Bersama.

“Namun begitu, saya juga memohon kerosakkan jalan raya akibat kenderaan berat menggunakan jalan tersebut perlu diberi penekanan dalam kempen tersebut.”


Tag: