lightning-solid
Berita :
Jalan Tanah Merah Kini Dilapisi Batu Jalan, Legakan Penduduk
Jalan Tanah Merah Kini Dilapisi Batu Jalan, Legakan Penduduk
Hidayah Azlin
4 jam yang lepas
45

SETIU, 19 Ogos — Keprihatinan terhadap kebajikan dan keselesaan penduduk tempatan terus dibuktikan apabila kerja-kerja melapisi batu jalan di laluan tanah merah yang berlumpur sebelum ini telah siap dilaksanakan sepenuhnya.

Tindakan pantas berkenaan diambil susulan keluhan mengenai laluan rosak dan becak yang menyukarkan pergerakan harian penduduk untuk keluar masuk ke kediaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman Ibrahim berkata, penyelesaian segera itu memberi ruang kepada penduduk untuk menikmati akses jalan yang lebih selamat dan selesa tanpa perlu berdepan laluan berlumpur tebal terutamanya ketika hari hujan.

"Alhamdulillah, kerja-kerja melapisi jalan dengan batu telah siap dilaksanakan. Sekurang-kurangnya laluan ini kini lebih sempurna dan memudahkan pergerakan harian walaupun menuju ke kediaman individu," katanya.

Tambahnya, akses keselamatan dan keselesaan pergerakan rakyat sentiasa menjadi aspek penting yang diberi keutamaan tanpa mengira saiz kawasan atau jumlah kediaman.

Hasil tinjauan di lokasi mendapati laluan yang dahulunya berbecak dan berlopak kini sudah diratakan dengan hamparan batu jalan, sekali gus membolehkan kenderaan melintas dengan lebih lancer dan selamat untuk dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan.

Inisiatif penambahbaikan infrastruktur asas ini mendapat maklum balas amat positif daripada penduduk setempat yang memuji keprihatinan serta kepantasan pihak pentadbiran DUN Jabi dalam menyantuni keperluan masyarakat di peringkat akar umbi.


Tag :

Artikel Berkaitan